www.flickr.com

Wednesday, June 10, 2009

Rafsanjani Mahu Rahbar Bertindak

Setelah rentetan tuduhan yang dilemparkan Mahmoud Ahmadinejad terhadapnya, Ketua Majlis Khobregan, atau Majlis Pakar, Akhbar Hashehmi-Rafsanjani meminta Rahbar, atau pemimpin keruhanian Iran, agar mengambil tindakan yang perlu bagi menjamin kesaksamaan.

Dalam suratnya pada Seyyed Ali Khamenei pada Selasa, Hashemi-Rafsanjani berkata bahawa ia telah bertelagah dengan Presiden Ahmadinejad ekoran sikap presiden Iran tersebut yang terus menebarkan fitnah pada keluargannya dan teman-teman terdekatnya.

Sewaktu debat terbuka yang disiarkan secara langsung Khamis lepas, Ahmadinejad jelas mengutarakan peranan keluarga Rafsanjani dan beberapa pegawai tinggi yang menurutnya telah cuba melakukan sabotaj politik.

¨semasa acara memperingati imam yang pergi, Imam Ruhollah Khomeini, saya telah memperingatkan Ahmadinejad bahawa tuduhannya adalah fitnah semata, terutama kenyataannya bahawa saya telah melakukan hubungan dengan pemimpin Arab tertentu. Bahkan, dakwaan bahawa saya bersepakat dengan kempen para pencabarnya dalam pilihanraya presiden adalah sesuatu yang tak dapat diterima sama sekali,¨ tulis Rafsanjani dalam surat tersebut.

¨Saya juga telah menegur tindakannya tersebut supaya masing-masing sikap ramah dalam mengelakkan tindakan undang-undang,¨ sambung Rafsanjani lagi.

Ayatollah Mohammad Yazdi, seorang agamawan kanan, yang juga ketua kehakiman antara 1989-1999, telah menyatakan bahawa mantan presiden dan keluarganya itu adalah bersih dari didakwa di bawah akta rasuah, artikel 142 menurut perlembangaan Iran.

Rafsanjani, di mana keluarganya antara yang memiliki kekayaan terbesar di Iran turut menyatakan bahawa tiada calon yang bertanding berunding dengannya terlebih dahulu. Malah, Rafsanjani menegaskan, setelah pengumuman calon-calon yang bertanding, ia sempat meminta mereka agar mereka semua mematuhi undang-undang tanpa bersikap sendeng kepada mana-mana calon.

Dalam baris terakhir suratnya, Rafsanjani menyeru agar Rahbar memastikan keutuhan bangsa sewaktu Negara berdepan dengan pilihanraya ini.

Menjelang hari pengundian, adalah sesuatu yang perlu untuk anda menjamin sebuah pilihanraya yang adil dan bersih, serta menarik jumlah penyertaan rakyat yang teramai. Hanya dengan kesungguhan ini, negara kita dapat bertahan dari segala ancaman dan membangun sebuah bangsa yang percaya-diri lagi bersatu,¨ ungkap Rafsanjani lagi.

Kehangatan pilihanraya Iran semakin terasa ekoran berlaku banyak pertembungan peribadi kali ini. Pilihanraya presiden Iran yang ke-10 ini akan diadakan pada 12 Jun 2009 nanti (Jumaat).

No comments: