www.flickr.com

Tuesday, June 9, 2009

Karroubi Namakan Kadivar

Mehdi Karroubi mendahului calon-calon presiden Iran yang lain dengan menamakan calon menteri dari wanita dalam barisan kabinet bayangannya.

Di hadapan para penyokongnya, iaitu di Tabriz, Karroubi mengumumkan bahawa Jamileh KAdivar adalah salah seorang bakal menterinya, lapor agensi berita Mehr.

Jamileh Kadir adalah seorang aktivis lama di Iran, dan pernah berkhidmat sebagai timbalan speaker di parlimen. Sekarang ia merupakan seorang professor politik sains di Universitu al-Zahra, Tehran

¨Puan Kadivar adalah salah seorang intelektual wanita Iran yang telah memainkan peranan yang bermakna dalam sejarah politik negara kita,¨ kata Karroubi dalam ucapannya.

Kadivar juga adalah isteri kepada Ata´ollah Mohajerani, menteri kebudayaan sewaktu zaman presiden Khatami. Walau bagaimanapun, Khatami sekarang adalah pendukung kuat kepada seorang lagi calon, Mir-Hossein Mousavi.

Dalam waktu yang sama, Karroubi turut mengumumkan satu lagi nama dalam bakal barisan kabinetnya, iaitu Mohammad Ali Rahmani. Ia seorang agamawan, yang mempunya rekod pertadbiran dan aktivisme politik yang panjang.

Sebelum itu, Karroubi, dimana pasukan dikenali sebagai ¨pasukan reformasi¨ memilih mantan gabenor Tehran, Ghola-Hossein Karbaschi sebagai bakal timbalan presidennya.

Sementara itu, calon-calon yang lain tak ketinggalan merancang kabinet bayangan. Mir-Hossein Mousavi mithalnya, dijangka akan menyusuli tindakan yang sama beberapa hari lagi.

Karroubi, 72, berjanji bahawa di bawah pentadbirannya, tiada mahasiswa yang akan dinafikan haknya untuk terlibat dalam aktivisme politik.

¨Jika saya menjadi Presiden, saya akan memastikan suasana ramah antara kerajaan, mahasiswa, NGO, pentadbiran universiti dan juga kementerian sains. Justeru, dengan ini, masalah-masalah berangkit banyak akan dapat diselesaikan,¨ tegas Karroubi lagi.

No comments: