www.flickr.com

Monday, June 8, 2009

Basij Kekal Bebas

Seorang pemimpin kanan Nirouye Moqavemate Basij (Basij Resistance Force) Iran menolak dakwaan bahawa pasukan tersebut terlibat kempen pilihanraya presiden Iran. Kata Brigadier Seyyed Massoud Jazayeri, pasukan tersebut kekal dengan sikapnya yang neutral.

Jazayeri yang juga Timbalan Ketua Basij menjelaskan, "dakwaan bahawa Basij terlibat dalam pilihanraya presiden Iran adalah suatu fitnah dan percubaan untuk memusnahkan Revolusi Islam dan bangsa Iran."

Jazayeri mengeluarkan kenyataan tersebut setelah Mehdi Karroubi, salah seorang calon presiden Iran mendakwa bahawa pasukan Basij bersikap sendeng dan cuba mengugat perjalanan pilihanraya.

Timbalan komando itu turut memperingatkan bahawa mereka yang memanggil dirinya "pengikut Imam Khomeini" seharusnya mengelak tuduhan sembarangan pada tulang belakang kekuatan ketenteraan bangsa Iran tesebut.

Basij merupakan pasukan sukarelawan Iran yang mendukung ketenteraan Iran. Ia diasaskan oleh Imam Khomeini pada November 1979. Sewaktu perang Iraq-Iran, Basij memainkan peranan yang sangat penting sebagai benteng terakhir rakyat Iran.

No comments: