www.flickr.com

Friday, June 5, 2009

Mousavi Rumuskan Dasar-Dasarnya

Berikut merupakan butiran rumusan dasar Mir-Hossein Mousavi, yang merupakan perdana menteri terakhir Republik Islam Iran (1982-1989) yang kini sedang bersaing untuk pilihanraya presiden pada 12 Jun 2009. Dasar-dasar ini disebutnya sewaktu ia berucap di IRIB Saluran 4 baru-baru ini:

Kebebasan Maklumat

“Negara perlu meletakkan kepentingan untuk setiap warga memperoleh kebebasan maklumat.”

“Maklumat yang terdapat dalam birokrasi kerajaan sukar untuk diperoleh oleh rakyat. Saya mengajar di universiti. Di sana jelas para mahasiswa tak dibenarkan untuk menyemak sebarang maklumat kerajaan, meskipun maklumat tersebut bukanlah termaktub di bawah akta rahsia rasmi. Mithalnya, saya sendiri bila mengirim surat kepada bahagian-bahagian tertentu dalam kerajaan, lazimnya takkan mendapat jawapan balas.”

“Kita sepatutnya membangunkan sebuah negara yang berkongsi dengan rakyat mengenai sebarang maklumat secara telus—hanya maklumat dalam ketenteraan dan rahsia rasmi negara saja yang harus dikecualikan dari didedahkan.”

“Negara kita tak mungkin membangun tanpa kebebasan media dan kewartawanan.”
"Sekiranya ada had-had tertentu untuk pihak media, itu adalah sepatutnya dinyatakan dengan jelas dalam Perlembagaan."

Program Nuklear Iran

“Merujuk kepada program nuklear iran, negara kita sudah mempunyai dasar-dasar am tentang hal tersebut. Dengan menghormati seluruh dasar ini, semua pencapaian, pendekatan dan perkembangan yang telah ditempa, seharusnya diteruskan.”

“Terdapat dua isu merujuk kepada program nuckear kita: pertama, penggunaan teknologi nuklear untuk tujuan keamanan, demi kepentingan nasional dan itu mesti diteruskan. Kedua adalah isu di mana terdapat sesetengah negara sedia untuk membangunkan tenaga nuklear juga. Justeru, Iran harus siap untuk berbincang dengan negara-negara tersebut.

Hubungan dengan Amerika Syarikat

“Sebelum Obama menang, media di Amerika Syarikat sering melaporkan keperluan untuk menyerang Iran. Berita itu sering menghiasi tajuk utama media di sana. Bagaimanapun, kita percaya bahawa, Amerika Syarikat tak mungkin akan menyerang Iran kerana mereka juga bimbang kesan dari tindakan tersebut, dan pasti akan ada penentangan balas yang kuat.”

“Amerika Syarikat telah merubah nadanya. Dan memulakan hubungan dengan Amerika Syarikat bukanlah kawasan larangan, lebih-lebih jika mereka sudah menunjukkan sikap yang benar-benar mahu berubah.”

“Iran memang bukan teman Amerika Syarikat. Tapi memang Amerika Syarikat adalah sebuah negara yang berpengaruh di dunia ini di mana ia menpunyai kekuasaan ekonomi dan ketenteraan. Namun kita juga sebuah bangsa yang hebat. Bezanya, kita menggunakan kuasa dengan penuh kewarasan. Dan tentu sekali, kita tak mungkin dapat menghadapi Amerika Syarikat secara sendirian.”

Tentang Ekonomi

“Kita mesti membina sebuah revolusi eknomi bagi mengawal inflasi. Sektor swasta adalah bahagian penting dalam rancangan kita dalam tujuan tersebut.”

“Industri minyak kita harus dipertingkatkan. Benar, eknomi kita, terutamanya minyak, disekat untuk dieskport secara besar-besaran. Namun, kita juga harus menyedari bahawa industri-industri lain turut bergantung dengan industri minyak ini.”

“Satu dasar perlu digariskan untuk menjamin kestabilan ekonomi. Ini akan membantu Iran dalam menarik perlaburan asing. Kebekuan dasar terutamanya di sektor perbankan, lebih-lebih lagi di Bank Negara, pasti akan memusnahkan asas-asas ekonomi negara kita.

No comments: