www.flickr.com

Friday, June 5, 2009

Larijani Nafi Memperakukan Rezaei

Majlis Parlimen Iran menafikan laporan bahawa Speakernya, Ali Larijani telah memperakukan Mohsen Rezaei sebagai calon pilihannya dalam pilihanraya presiden pada 12 Jun akan datang.

Saat ini terdapat pertarungan sengit di kalangan semua calon presiden, dan terdapat laporan dari sumber yang dekat dengan Rezaei bahawa ia telah didukung oleh Ali Larijani.

Laporan yang dikeluarkan web Entekhab itu menyatakan bahawa Larijani yakin terhadap dasar-dasar yang dikemukakan Rezaei, terutamanya dalam pengurusan ekonomi. Lantaran itu, ia memperakukan Rezaei sebagai calon pilihannya.

Bagaimanapun, baru-baru ini, Majlis Parlimen Iran menjelaskan menerusi satu fax bahawa Larijani hanyalah mengungkapkan peghargaan untuk semua calon presiden, dan ia tak sesekali memberi kredit khusus kepada mana-mana calon.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama Majlis Parlimen Iran menafikan laporan-laporan yang timbul, ekoran dari kehangatan pilihanraya presiden saat ini.

mithalnya, pada awal April, Hassan Zamani, penasihat Larijani, menyatakan bahawa Speakertak pernah memutuskan sikapnya kepada mana-mana calon dalam pilihanraya nanti

Ulasan Zamani itu muncul setelah terdapat laporan bahawa Larijani mendukung Ahmadinejad berikutan pertemuannya dengan kumpulan pro-Ahmadinejad. Apatah lagi, setelah pertemuan tersebut Larijani menolak untuk berbicara dengan pihak media.

No comments: