Zahra Rahnavard, isteri kepada calon presiden Iran, Mir-Hossein Mousavi mengalu-alukan sebarang penyiasatan terhadap kelulusan akademiknya, sama ada peringakt sarjana mahupun doktoratnya.
“saya mengesa mereka yang meragui kelayakan akademik saya supaya mengumpul dan mendedahkan segala maklumat tersebut.” Kata Rahvanard seperti yang dipetik dari Qalam News.
Menurutnya, “serangan peribadi adalah sesuatu yang bertentangan dengan etika islam.”
Dalam debat dengan Mir-Hossein Mousavi, Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad telah menyatakan bahawa Rahnavard menuntut di dua universiti pada waktu yang sama walhal dia juga pada waktu tersebut adalah pegawai kerajaan. Malah Rahnavard, dakwa Ahmadinejad lagi, telah menerima dua ijazah sarjana tanpa menduduki peperiksaan khas kemasukan.
Kini, di Iran, mengambil dua sarjana serentak adalah tidak dibenarkan, namun pada masa tersebut, tindakan Rahnavard adalah tidak melanggar mana-mana peraturan.
Ketika debat tersebut, Mousavi berkata, Rahnavard belajar selama 10 tahun sehingga menerima doktorat dan tindakan Ahmadinejad dalam hal ini adalah strategi yang tak bermoral, sampai sanggup menyerang isteri calon presiden.
“Buku pertama saya adalah telaah mengenai al-Qur’an yang diterbitkan pada 1973-1975. Setelah revolusi Islam pada 1979, 10 lagi buku saya diterbitkan, manakala 30 yang lain telah disunting. Bahkan, 10 diantaranya telah diterjemah ke dalam bahasa-bahasa lain,” jelas Rahnavard lagi.
Rahnavard juga menungkapkan bukunya yang berjudul, The Message of the Muslim Woman's Hijab yang diterbitkan dalam jutaan nashkah di Amerika Syarikat.
“Saya memasuki UniversitiTehran pada 1968 dan saya memperoleh ijazah sarjana muda dalam tempoh 4 tahun. Kemudian saya telah terpilih ke University Islam Azad menerusi peperiksaan khas kemasukan pada 1986 untuk tingkat sarjana. Selepas itu, pada 1995, saya memperoleh PhD. Malah, saya turut menduduki peperiksaan khas bagi ijazah sarjana dalam bidang sastera di Universiti Tehran dan tamat sepenuhnya pada 1994.
Sementara itu, Rahnavard juga berkata bahawa ia menulis tesis sarjananya mengenai intelektualisme Arab dan doktoral tentang pemerintahan Islam.
Iran akan mengadakan pilihanraya presiden pada 12 Jun 2009 nanti. Selain Ahmadinejad dan Mousavi, Mohsen Rezaei dan Mehdi Karroubi turut bertanding.
Thursday, June 4, 2009
Zahra Rahnavard Sedia Disiasat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment