Prseiden Mahmoud Ahmadinejad mula menyerang mantan presiden, Mohammad Khatami dan Akbar Hashemi Rafsanjani.
Sewaktu debat di telivisyen dengan salah seorang pencabarnya, Mir Hossein Mousavi, Ahmadinejad berkata dua tokoh tersebut merancang untuk mengulingkan kuasanya.
Ia menyatakan tersebut di samping memaparkan beberapa contoh salah urustadbir dan rasuah yang berlaku semasa di bawah pebtadbiran kedua mantan presiden tersebut.
Sementara itu, Mousavi membalas kritikan Ahmadinejad, dengan berkata bahawa peenonton tidak diberi ruang yang memadai dalam debat ini untuk bersoaljawab, dan ini adalah taktik Ahmadinejad supaya tidak ada suara yang ke udara secara langsung mengkritik beliau.
Mousavi juga mengkritik Ahmadinejad kerana menremehkan dasar-dasar perundangan, dan banyak kes kesalahan yang tak mengikut prosedur mahkamah.
Walau bagaimanapun, Mousavi turut menyentuh isu mengenai Ali Kordan, mantan menteri dalam negeri yang didakwanya telah memalsukan pencapaian akademiknya. Namun, Ahmadinjead maseh mempertahankan Ali Kordan.
Ahmadinejad juga berkata, ramai pegawai di bawah pemerintahan Rafsanjani dan Khatami tak memiliki kelayakan akademi yang sepatutnya.
Malah, Ahmadinejad turut menimbulkan mengenai Zahra Rahnavard, isteri kepada Mousavi, di mana ketika ia menuntut di universiti ketika bertugas sebagai pegawai kerajaan, dan telah emmperoleh dua sarjana, dan doctoral, tapi tanpa melalui prosedur peperiksaan khas kemasukan biasa sepertimana rakyat iran yang lain.
Namun, Mousavi menjelaskan bahawa Rahnavard telah belajar selama 10 tahun untuk memperoleh doctoral dan kesal dengan sikap Ahmadinejad yang mengunakan pendekatan kempen yang tak bermoral.
Pilihanraya Presiden Iran akan diadakan pada 12 Jun nanti. Selain Ahmadinejad, dan Mousavi, mantan speaker parlimen, Mehdai Karroubi dan Mohsen Rezaei turut bertanding
Thursday, June 4, 2009
Ahmadinejad Kritik Khatami, Rafsanjani
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment