www.flickr.com

Sunday, February 7, 2010

Oulipo

Kali ini, di Indonesia, saya benar-benar menikmati internet. Itu pun, setelah enam bulan di sini. Kerana lama tak menyentuh internet berlama-lamaan (via dekstop), kesempatan ini saya boroskan untuk menyolek lamanweb sudah berusia tujuh tahun: Ummahonline.com.


Pengalaman Ummahonline.com ada menariknya. Bermula dari Geocities, bertukar kepada Wordpress (percuma), dan kemudian memiliki domain dan hosting (sewaan/tahunan). Semasa memiliki domain inilah, saya mula belajar menyunting tema-tema Wordpress yang melata-percuma di maya. Kadang-kala, seharian suntuk asyik menyunting. Dan, itulah yang saya habiskan waktu kelmarin. Sebelum ini, saya sering memasang tema Wordpress yang berbentuk majalah, yang juga kerap nampak canggih. Namun, kali ini tidak lagi. Minimalis, adalah terbaik!

Ummahonline.com, kini dengan tema Oulipo. Terima kaseh Mignolo. Sekilas, tampak berseh, puteh, dan ringkas. Berkilas-kilas pun, rasanya maseh begitu. Kalau berkenan untuk memuatkan artikel anda di sini, boleh emelkan saja bahan tersebut kepada e-partha yang tersedia. Selamat menikmati :)

No comments: