Kali ini, tentang Immanuel Kant, filsuf yang tak henti-henti dibicarakan. Namun, dalam banyak perspektif tentang Kant, barangkali falsafah moral Kant adalah paling kerap disebut sebagai wawasan terbaiknya. Sesuai dengan zaman pencerahan, lihat saja, bagaimana Kant melepaskan segala primordialnya, termasuk agamanya (~sebentar), dan dari tahap demi tahap, tapi di hujungnya tetap memerlukan tuhan.
Bagaimana Kant memunculkan semua ini?
Kant melakukan dengan tiga pertanyaan mendasar: (1) apa yang boleh diketahui?, (2) apa yang mesti dilakukan, dan (3) apa yang boleh diharapkan. Inilah tiga pertanyaan, yang secara tersusun dileraikan satu demi satu oleh Kant.
Tentang pertanyaan pertama, Kant membariskan tiga butiran epistemologi, iaitu pencerapan inderawi (Sinneswahrnehmung), rasio (Verstand), dan budi (Vernunft). Di sinilah, Kant mendamaikan antara rasionalisme dan empirisme, malah menambah sebuah lagi ruang metafizik. Kant percaya pengetahuan yang kita peroleh, pada tahap pertama adalah bahagian empirisme, sebelum itu menjadi sebuah rasionalisme, lalu masuk pada ruang idea. Jadi, tidak ada taasub antara epistemologi, rasionalisme, empirisme, dan agama. Sebab, kesemuanya terjalin dan berkerjasama secara bertingkat.
Tentang pertanyaan kedua, Kant kembali pada etika, yang padanya sebuah etika apriori. Kant tidak memerlukan kata-kata agama untuk etika. Sebaleknya, Kant, dengan daya fikirnya, cuba merumuskan bagaimana keperluan tentang etika universal pada manusia. Pada Kant, yang diperlukan untuk etika universal ini harus mempunyai hukum umum (allgemeines Gesetz). Hukum umum ini adalah berdasarkan pada maxim terhadap—apa yang kita kehendaki adalah sama seperti orang lain kehendaki. Sekiranya kita ada naluri untuk berbuat dosa, atau bersalah, kita harus tanyakan kembali pada diri kita, apakah hal yang sama juga diinginkan oleh orang lain? Jika tidak, maka tidak usah lakukan hal tersebut.
Selain hukum umum, Kant turut meletakkan prinsip hurmat pada person. Prinsip ini adalah meletakkan nyawa tanpa ada apa-apa imbalan. Nyawa adalah milik hakiki. Justeru, dari prinsip ini, Kant menolak usaha membunuh diri, kerana itu akhirnya bererti telah membunuh satu nyawa. Dan, yang terakhir dalam pertanyaan ini adalah Kant meletakan prinsip autonomi pada diri manusia. Maksudnya, kita tidak melakukan sesuatu moral itu atas kehendak orang lain, melainkan atas kehendak diri kita sendiri.
Sampai sejauh ini, Kant ternyata tidak memerlukan tuhan dalam falsafah moralnya. Tapi, pada sebuah pertanyaan terakhir, di mana Kant akhirnya menunjukkan bahawa moral juga bersentuhan dengan tuhan. Padanya, tuhan itu adalah suara hati, bukannya tuhan dalam erti personal seperti yang sering difahami dalam agama-agama. Suara hati inilah yang kemudian memainkan peranan sewaktu kita mahu menentukan maxim kita, serta sewaktu kita menghargai person dan autonomos manusia.
Selain itu, Kant yakin bahawa dengan adanya tuhan ini, maka inilah sebenarnya tujuan terakhir dari moral, atau dalam bahasa latin yang digunakannya summum bonum, iaitu kebaikan tertinggi. Tanpa ada tuhan, kita tidak boleh membayangkan bagaimana keadilan akhir itu meletakkan dapat Hitler sebaris dengan Mother Teresa. Tentu, dari sejarah, keduanya adalah sama sekali berbeza, meskipun masing-masing berpangku atas nama rasionalnya. Justeru, dari tuhanlah, sebuah kebahagiaan abadi, yang sekaligus menjadi matlamat—secara tidak langsung—kepada sebuah perbuatan baik.
Inilah coretan falsafah moral Kant. Sudah tentu coretan ini tidak memadai, kerana tak begitu menghuraikan panjang, serta melampirkan contoh-contoh yang banyak. Namun, kalau ditanya “mengapa Kant,” atau “apa istimewanya Kant,” maka inilah tanggapannya: “Kant, adalah seorang filsuf pencerahan, yang darinya kita menghargai semangat mencari jawapan-jawapan dari kekuatan sendiri… yang darinya, kita belajar tentang persentuhan empirisme, rasionalisme, dan metafizik… yang darinya kita belajar tentang moral universal.”
Dan, yang darinya kita juga belajar mengenai tuhan yang bermula dari bawah, bukan dari atas seperti yang diamalkan di kalangan penganut agama-agama. Terima kaseh untuk Kant, atas sebuah keberanian berfikir sendiri! Dan juga, atas Kritik der reinen Vernunft!

No comments:
Post a Comment