www.flickr.com

Friday, May 19, 2006

Taqi Mishbah Yazdi

Baru-baru ini (13 Mei 2006), saya sempat mengikuti wawancara Zin Mahmud bersama Ayatollah Taqi Mishbah Yazdi semasa lawatannya ke Malaysia. Sayangnya saya hanya sempat menanyakan dua soalan sahaja. Pertama tentang julukan yang kerap dikenakan ke atasnya sebagai Murtadha Muthahhari kedua. Taqi Mishbah dengan nada rendah menjawab, julukan tersebut bagaikan langit dengan bumi. Manakala, berikutnya saya sempat menanyakan tentang kepentingan falsafah dalam sistem pendidikan Islam. Dan, Taqi Mishbah menegaskan, ” Oleh kerana tujuan falsafah ialah untuk menjelaskan hubungan antara kewujudan dengan insan. Maka, setiap sistem yang berasaskan sistem realiti hendaklah menggunakan falsafah.”

No comments: