Jika anda ingin mencari wajah Islam tanpa sempadan; Islam yang menentang rasisme; dan Islam yang progresif, maka buku-buku serta tulisan-tulisan Farish A. Noor (I, II) ada jawapannya. Meskipunnya kerap diidentikkan dengan gerakan Islam Liberal oleh kalangan fundamentalis Islam, namun saya percaya pemikirannya tetap ada sumbangannya. Justeru, bukunya yang terkini From Majapahit to Putrajaya, saya fikir amat membantu dalam hal tersebut.
Baru-baru ini, buku tersebut telah selamat dilancarkan di Silverfishbooks, Bangsar, iaitu pada Juma’at lepas (28 Julai 2006). Meskipun kehadiran di sana menyesakkan, di sebuah ruang yang kecil, namun nyata sekali terselit rasa kepuasan di kalangan hadiran --> bila mendengar tema-tema yang diungkapkannya semasa acara tersebut. Buku tersebut kini dalam tangan saya -- siap dengan tandatangan penulisnya -- cuma menunggu masa untuk dikhatamkan.
Dan, untuk pengetahuan juga, Nik Nazmi Nik Ahmad, lama sebelum buku itu dilancarkan, ada membuat ulasan di Malaysiakini. Selamat menikmatinya!
Wednesday, August 2, 2006
Buku Farish A. Noor
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Tulisan Farish memang segar dan menarik, walaupun kadang-kadang ada kenyataan beliau yang sedikit kurang cermat dan menyinggung perasaan orang lain.
Saya mengidam buku beliau tentang sejarah PAS. Dua jilid tebal dan harganya boleh tahan...lebih RM200!
salam.
'pemikir-pemikir' yang kecondongannya dipandang serong - geng2 SIS (marina mahathir), amina wadud dan shbt2 seangkatannya, farish noor, fathi aris (to a certain extent)dll sememangnya mempunyai keistimewaan sendiri. kepincangan yang dikritik, idea yang diketengahkan memang ada betulnya.
tapi sstgh org macam tulah. asal marina mahathir yang tulis terus baca dengan prejudis. contoh la tu.
alangkah baiknya kalau teguran-teguran 'orang-orang' ini diterima dengan hati dan akal terbuka.
mungkin hati mereka juga akan terbuka.
salaam~
Islam Embedded dgn dua jilid harganya RM 350. harga itu ketika saya nengok kat silverfishbooks. buku tersebut saya dapat percuma dari Farish --> disuruh buat ulasan. malunya, sampai skarang tak buat2 lagi, hehehe :-)
sama juga kes macam buku Patah Balek...
Farish... what the hell he think he is?
Saya baru sahaja habis membaca buku tersebut. Byk hal yang diperkatakan, ada yang betul tetapi tidak semuanya salah. Sebuah buku yang bisa menjana minda kita untuk berfikir dengan lebih mendalam akan hala tuju sesebuah negara. Ini hanya komen dari orang yang fikirannya masih mentah, umur masih belum matang seperti saya... =)
Post a Comment