www.flickr.com

Monday, August 21, 2006

Kebebasan

"Kerana aku percaya kepada kebebasan, maka aku tidak perlu percaya kepada Tuhan. Ini kerana, jika aku percaya kepada Tuhan, maka aku harus menerima konsep takdir, dan jika aku menerima konsep takdir, maka aku harus meninggalkan kebebasan. Namun, oleh kerana kerana aku lebih tertarik pada kebebasan, maka aku tidak percaya Tuhan."

Jean-Paul Sartre, antara pemikir eksistentialisme tersohor, pernah mempunyai fikiran persis ungkapan di atas. Baginya, Tuhan seumpama bingkai. Barangkali bingkai seperti yang terpapar dalam animasi (60 anni di libertà) yang menarik ini. Justeru, untuk menikmati kebebasan, tegas Sartre, maka kita harus membebaskan diri dari pembingkaian Tuhan.

--> Benarkah kebebasan dan Tuhan pasti tidak dapat dicantumkan – selama-lamanya – di mana-mana – dan, oleh sesiapa sekalipun?

11 comments:

Khalid Jaafar said...

Wah Sartre pulak. Antara murid beliau adalah Pol Pot! Kenapa tidak, kewujudan radikal bagi beliau juga bermakna ketidakwujudan moral, penolakan moral dari luar kewujudan diri. Penegasan kewujudan mutlak manusia adalah mencipta moral untuk diri sendiri. Tidak ada kayu ukur dari luar.

Anonymous said...

What the F**k

Aqil Fithri said...

salaam~

bukankah arahan moral dari dalam itu sesuatu yang boleh membingungkan manusia? memang, kita mahu kebebasan, tetapi kita juga tegas terhadap ateisme. ateisme itu hanya mampu menawarkan sisi2 material, tetapi bagaimana sisi2 spiritual? sebab itu Pak Khalid, kita perlu sama2 membina eksistentialisme religius! :-)

cam na?

Khalid Jaafar said...

Itu sudah ada dalam wahdah al-wujud!

Aqil Fithri said...

salaam~

tetapi Pak Khalid, masalah Wahdah al-Wujud dan kalangan manusia sufi ini, mereka seolah-olah cuba melembaga serta mensistematikkan ajaran-ajaran sufi.

Walhal, pengalaman sufi itu seharusnya merupakan hadiah dari Tuhan, bukannya menerusi penyampaian ijazah oleh tok2 guru @ tok2 syeikh mana2.

tidak gitu?

Khalid Jaafar said...

Tidak semua sufi bersetuju, atau memahami wahdah al-wujud. Metafizik wahdatul wujud juga ditulis dan dihurai secara rasional, maka tidak perlu menjadi sufi untuk memahami atau berpegang dengan wahdatul wujud.

Anonymous said...

Saya berpegang kepada ayat Allah iaitu,
Ma khalaqta jinna wal insan ila liya'budun...
(tidak dijadikan jin dan manusia melainkan beribadat kepada kami)

Kalau nak bebas sangat buat bumi sendiri, kemudin buatlah apa yang patut, nak berguling ke, berjoget ke, apa ke.

Aqil Fithri said...

salaam~

the rahsiaman, saya tertarik dengan hujah anda. namun, jika Allah swt jadikan kita untuk beribadat padanya semata-mata, maka apakah kalau kita tidak beribadat padaNya, maka Allah swt akan hilang sesuatu dari makhluknya.

dan, kalau Allah swt tidak rugi @ untung dengan menciptakan kita, maka buat apa Allah swt ciptakan makhluknya? bukankah Allah swt itu tidak sesekali melakukan kerja yang sia-sia?

Fitri Ezwan said...

assalamualaikum =)

juga ingin memetik ayat Al-quran yg sama

"Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku"
adz dzaariyaat:56

saya tidak pasti apakah ada jurang makna yg luas antara perkataan "mengabdi" dgn "beribadat" .
mungkin saudara Aqil boleh huraikan? kerana saya kira, jika ada perbezaan, besar impaknya pd pemahaman saya.

begitu juga dgn makna 2 kalimah syahadah. dulu saya faham sbg "tiada tuhan melainkan Allah..."
tetapi, menurut pandangan imam al maududi, maknya yg lebih sesuai ialah "tiada illah melainkan Allah..."
yakni, istilah "illah" itu bermaksud sembahan,sanjungan,agungan,penyerahan diri supaya telindung & terjamin.

kesannya, umat islam sepatutnya sedar bahawa kita tidak hanya menolak sembahan dlm bentuk fizikal, yakni seperti memuja berhala,pokok, dsb, tetapi juga sembahan yg bukan fizikal, seperti ideologi,nafsu, seruan YANG tidak berlandaskan hukum Allah. inilah yg dpt saya cernakan dari kata2nya.

pun begitu, saya bersetuju dgn pendapat the rahsiaman =)

wallahu'alam

Anonymous said...

Apabila Jean Paul Sartre hanya percaya pada kebebasan dan tidak pada Tuhan bermakna kekebasan itulah tuhan.

Anonymous said...

bila ada tuhan maka ada kebebasan, bukankah tuhan yang mencipta kebebasan..