www.flickr.com

Thursday, June 7, 2007

Bila 'Kafir'

  • Ibn Sina, atau Avicenna, pernah dituduh menjadi kafir kerana punya perbezaan dalam memahami agama. Atas tuduhan itu, pengarang Kitab al-Shifa itu menjawab:
Menemukan aku kafir, bukanlah tuduhan yang mudah,
Kerana tiada iman yang lebih kuat dari imanku.
Bila sekali hanya seorang seperti aku dan ia kafir,
Pernah adakah seorang Muslim selama ini?
  • Nasr al-Din at-Thusi, yang pernah hidup sezaman dengan Ibn Taimiyyah turut pernah dituduh kafir. Nah, jawapan sang Khawajah itu begini:
Bila "penertib" yang tidak tertib mengkafirkan diriku,
Dapat kuhibur diri, pelita palsu takkan bersinar cerah.
Akan kunamakan dia Muslim, kerana,
Jawapan atas dusta adalah dusta.

4 comments:

Najwan Halimi said...

Aqil,

Terima kaseh atas teguran. Saya sendiri semalaman pun rasa tak kena dengan entri tu.

Saya dah remove kan dah. Tak mahu jadi setaraf budak2 KMU.

Sebetulnya, saya agak emosional sedikit. Geram dgn kebodohan mereka sampai saya terlupa yg saya ikut bodoh sekali.

Terima kaseh atas nasihat. =)

Aqil Fithri said...

salaam Najwan,

sama2lah kita belajar! terima kaseh juga kerana berkunjung! :-)

Anonymous said...

ulama' sudah banyak mengulas ttg isu ibnu Sina, antaranya pakar2 dalam bidang falsafah di Universiti al-azhar sendiri,

misalnya ttg kitab tuhafut falasifah, Imam Ghazali yang mengkafirkan Ibnu sina dalam 3 masaalah,

menurut mereka kafir yang dimaksudkan oleh imam ghazali terhadap ibnu sina dan alfarabi itu adalah kafir takwili bukan kafir akidah.

banyak maklumat yang saya dapat dari blog ini, izinkan saya berkunjung lagi, boleh berkongsi-kongsi

sekian..

Aqil Fithri said...

salaam,

terima kaseh ibnul faridh atas tambahan maklumat. saya senang sekali dengan kunjungan dan catatan anda :-)

salaam sejahtera!