www.flickr.com

Friday, June 15, 2007

Kesah ‘Irfan (1)

Abu al-Qaim al-Qusairiyyah, sang pengarang Risalah Qusairiyyah pernah mencatatkan suatu kesah mengenai Abu Bakr Al-Syibli, seorang ‘arif dari Khurasan.

Satu ketika, al-Syibli datang mengunjungi gurunya, Junayd al-Baghdadi yang waktu itu sedang duduk bersama-sama dengan isterinya. Nah, sebaik saja melihat kehadiran al-Syibli, lalu isteri Junayd mahu segera beredar dari situ untuk mengambil jilbab. Namun, Junayd memintanya untuk terus bertahan, kerana menurutnya al-Syibli ketika itu sebenarnya sedang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri serta sama sekali tidak peduli dengannya. Mendengar saranan Junayd, isterinya kembali diam di tempat yang sama sambil mendengar-dengar perbualan suaminya dengan al-Syibli. Lama-kelamaan al-Syibli mula menangis. Setelah itu, barulah Junayd melirik kepada isterinya supaya pergi memakai jilbab kerana al-Syibli sudah mulai sedar dari ghaybah.

5 comments:

Dr Dre said...

akum bro...anta kenal ustaz nasir mat tap?...dia kata dia kwn anta...semalam jumpa dia..lepak2..dia kirim salam kat anta.anta still kat kampus lagi ke?...amacam thesis?..settle?.

Aqil Fithri said...

salaam,

salaamnya dibalas. yup, maseh di sini. ana sekarang tengah berkira2 utk menyambung ngaji lagi, hehehe

Najwan Halimi said...

menunggu sang DR. AQILFITHRI... =)

Kaki Bangku said...

Tertanya sebentar, apakah barangkali ada persamaan intelektualisme ahli sufi dengan philosopher barat ya?

Aqil Fithri said...

salaam kaki bangku,

ungkapan ahli falsafah barat terlampau umum... bukankah di kalangan mereka turut ada pertentangan.

jadi pertanyaannya, dari aliran mana?