www.flickr.com

Tuesday, June 19, 2007

Puisi Hafez

  • Satu sisi asyik dari buku-buku Murtadha Muthahhari ia rakamannya terhadap Rumi, Hafez dan Sa'di. Membaca Muthahhari bererti kita juga membaca syarahan sebuah "al-Qur'an puisi". Dan, sekali lagi satu bait 'irfani dari Khwajeh Shams al-Din Muhammad Hafez-e Shirazi, atau Hafez terpampang dalam benak saya semalam (18 Jun 2007).
Dengarkan aku dengan telinga kesedaran,
dan demi mencapai kenikmatan,
kerana kata-kata ini datang dari suara ghaib,
Jangan terlalu memikirkan keterpisahan,
agar engkau dapat bersatu,
Kerana begitulah hukumnya,
malaikat pun segera hadir seperti juga syaitan akan lekas pergi

6 comments:

Anonymous said...

saudara sudah membaca masnawi arabi, karya Said Nursi, saya enak sekali membaca karya2 Rumi setelah membaca karya2 beliau.. semacam ada kontakan antara keduanya yg saling berkait.

Kaki Bangku said...

kadangkala saya fikir ada suatu konspirasi besar di kalangan ahli sufi bilamana perkara2 ghaib itu hanya disimpan oleh si pengamalnya -- orang luar yang mahu dapatkan rahsianya perlu "masuk" kerangka pemikiran sufi terlebih dahulu. ibarat juga teori konspirasi terhadap organisasi2 seperti skull&bones etc...

anti-fenomenologi sebentar,
bangku

Aqil Fithri said...

salaam faqirdehilir,

saya belum membacanya meksipun beberapa karyanya sudah berhabuk dalam rak buku. memang sudah banyak khabar menarik tentang nursi, tapi sayang, saya belum juga membacanya.

mungkin 'gesaan' saudara melekaskan saya membaca dan mengenali nursi :-) terima kaseh!

Aqil Fithri said...

alaam kaki bangku,

anda tentu pernah mendengar kesah al-hallaj, bukan?

apa nasib al-hallaj setelah melantunkan di khalayak "ana al-haq"? dan, apa pula tanggapan masyarakat awam setelah al-hallaj berkongsi apa yang kaum sufi rasakan? kemudian, apa pula kata kaum sufi yang lain setelah al-hallaj dihukum mati?

natijah2 dari pertanyaan di ataslah yang mahu dielakkan oleh kaum sufi dari berkongsi pengalaman mereka dengan masyarakat awam. bukankah pengalaman keruhanian itu berbeza2, dan adakalanya sukar dimantikkan?

apapun, saya bukan orang sufi, jadi pandangan saya boleh saja tidak tepat, atau salah sama sekali! hahaha

Anonymous said...

Aassalamualaikum wbt.. Saya juga sedang menghabiskan terjemahan Daniel Ladinsky - I Heard God Laughing, Renderings of Hafiz. Kadang-kadang ke'gila'an orang sufi benar-benar memikat kita yang 'waras'.

" Jika cawanmu kosong,
Seluruh Semesta ini,
Dapat Minum dariku,
Selamanya! "

Najwan Halimi said...

nasib al-hallaj lebih kurang macam yg menimpa syekh lemah abang di tangan wali songo.