www.flickr.com

Saturday, July 7, 2007

Maaf, Memadaikah?

Come, come, whoever you are.
Wonderer, worshipper, lover of leaving.
It doesn't matter.
Ours is not a caravan of despair.
Come, even if you have broken your vow a thousand times.
Come, yet again, come, come. — Jalaluddin Rumi

Dalam waktu-waktu tertentu, tampaknya ada waktu yang sukar untuk kita berbicara. Tetapi tidak pula mudah untuk kita membisu. Kita keliru, bagaimanakah sebuah kata-kata akan diberi harga. Apakah kiriman secalit tanda dapat meleraikan sebuah kata-kata?

Di balik jendela, hanya mendung yang berarak; tidak pasti sama ada hujan yang bakal menangis atau awan cerah yang kembali tersenyum. Calit itu maseh lagi keliru. Namun, apa yang pasti, sekurang-kurangnya kita perlu melakukan sesuatu. Melihat ke hadapan atau menoleh ke belakang? Mendukungnya sebagai semangat, atau membawanya sebagai iktibar? Atau kedua-duanya sekali?

Yang pasti juga, setiap kata, setiap langkah, dan setiap harapan, sering sahaja ada saingannya. Kadangkala sengit perhitungannya. Kerana, bukankah setiap kata yang ditutur, ada terlebihnya. Begitu juga dengan langkah yang diatur, ada gelincirnya, Dan, sama juga seperti menaruh harapan, ia sudah tentu bersifat kabur: meskipun segala yang tidak kita inginkan itu berlaku di bawah ketidaksedaran kita.

Ketidaksedaran? Ya, ketidaksedaranlah yang sering memerangkap merpati puteh. Setulus manapun fikiran dan perasaan sang merpati puteh itu, akhirnya ia bisa tersangkar juga dalam ketidaksedaran.

Memang, ada perkataan maaf yang dapat hadir. Tetapi, ribuan kemaafan manakah yang dapat menimbus sejuta kekesalan dari rasa berdosa? Mungkin kerana menyedari kekosongan itulah, maka Imam Ali Abi Thalib ada meninggalkan warisan du’a buat Kumayl Ziyad berabad-abad yang lalu. Dan, seperti ada 'janji' bahawa du’a yang diajar di Masjid Basrah itu dapat menawari resah hati yang tidak berkesudahan.

Namun, setelah maaf diberikan, maka adakah pintu resah sudah tertutup serapat-rapatnya? Mungkin tidak. Kerana, pemberian maaf manusia manakah yang paling agung, yang sekaligus dapat menuluskan kembali fikiran dan perasaan terhadap pemohonnya? Tapi, mungkinkah untaian dari Diwan-e Shams-e Tabriz-i sekurang-kurangnya dapat memberikan kembali harga pada sebuah kata-kata yang bernama, ”maaf!”?

Dan, seperti biasa, persoalan tersebut kembali bergumam, berkelana mencari-cari jawapan pada diri sendiri...

2 comments:

Najwan Halimi said...

kebetulan, entri saya pun berkaitan dengan maaf. tapi secara santai je la..hehe

Aqil Fithri said...

salaam Najwan,

mungkinkah Anwar dapat memaafkan kegelojohan Ezam? hahaha

jika ya, dan jika ikhlas, memang Anwar seperti Rumi juga!