Siapa di kalangan kita yang mengenal John Duns Scotus? Kata Bryan Magee dalam Confessions of a Philosopher: A Personal Journey Through Western Philosophy, Scotus adalah tokoh yang hidup terpinggir dalam ruang dan waktu.
Namun, dalam persekitaran terbatas, Scotus tetap saja cuba menalar hubungan antara agama dengan kerasionalan. Hidupnya penuh dengan keaslian. Tapi sayangnya, tidak ramai khalayak yang mengenalnya, apatah lagi menghargainya. Jika bercakap soal teologi Zaman Gelap Eropah, kita pasti lebih mengenal Saint Thomas Aquinas dan William of Ockham berbanding Scotus.
Begitulah juga pengalaman persis yang terjadi pada Dr. Shaharir Mohamad Zain. Tidak ramai yang menghargainya, berbanding dengan rakan-rakan akademia seangkatannya.
Memang, ia bukan teolog. Tapi, fikirannya yang cuba menemukan sains dalam jalur yang kebitaraan tetap merupakan sesuatu yang asli. Antara perkara yang terdapat padanya, dan—hingga kini—tidak terdapat pada banyak saintis lain (di Malaysia) ialah nada kritikannya yang jelas tiada ampun. Seperti kemaafan saja tidak cukup. Lihat saja bilanya mengkritik buku Wisnu Arya Wardhana; hingga tiada ruang untuk berdalih atas nama Bucaillisme? Menerusi Dr. Shaharir, nampaknya mengusung Islam tidaklah seringkas itu!
Rumusnya mudah. Seorang saintis bukan hanya betah mengungkapkan lingkaran bidangnya saja. Saintis yang lengkap harus betah juga berbicara soal-soal lain, lebih-lebih lagi tentang bahasa dan kebudayaan.
Nah, bagaimana rupa bila ia mengkritik tentang bahasa? Buat demikian kalinya, semak sajalah—jaringan di bawah—kritikan hangat-terkini Dr. Shaharir terhadap Dr. Mahathir Mohammad tentang dasar pengajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris ini. Barangkali, sekali lagi itu merupakan suatu kritikan tanpa ampun darinya.
Baca di sini: Jawapan kepada Dr. Mahathir tentang Bahasa Inggeris.
Friday, August 29, 2008
Tanpa Ampun
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment