www.flickr.com

Saturday, January 17, 2009

P36

Sudah beberapa kali Pak Khalid minta saya mengisi borang Parti Keadilan Rakyat (PKR). Seingat saya, kali pertama sewaktu sidang akhbar Anwar Ibrahim pada 16 September 2008 yang lalu. Dan, yang terakhir baru sebentar tadi.

Menerusi telefon--setelah sama-sama tahu keputusan P036--katanya ¨kenalah isi borang, dan ajak semua intelektual-intelektual di sekeliling itu... sekarang, Najib pun dah tak mahu tidur dengan Rosmah.¨

Sejujurnya, saya memang senang sekali melihat Umno dan segala sarat-fahamnya tersembam. Melihat apa yang ditampilkan di Kuala Terengganu, mereka bukan sahaja bongok, tapi juga senak.

Yang pasti, Kuala Terengganu bukan lagi labirin buat mereka, tapi terus menjadi garisan penamat. Tiada lagi politik wayang! Meski firasat yang saya ungkap awal-awal sebelum ini salah sama sekali, tapi itulah harapannya--harapan kita. Dari satu sisi, kita memang mahu Umno bungkus!

Ternyata, akhirnya semangat perubahan nasional melanda Terengganu, biarpun mereka kalah ketika Pilihanraya Umum ke-12 Mac yang lalu. Inilah denyut perubahan negeri ulek mayang yang sebelum ini saya begitu pesimis sekali.

Saya anak birai pantai. Kata Shah Waliyullah Dehlawi dalam Hujjatullah al-Balaghah, orang birai pantai ini degil-degil. Tapi, tsunami perubahan nasional rupa-rupanya telah berjaya melembutkan hati rakyat di negeri jajaran pantai ini. Mereka akhirnya berubah juga.

Tahniah rakyat Kuala Terengganu! Tapi, bah yang hadhir ini langsung tidak harus membuatkan kita untuk berhizbiyyah--meskipun atas nama Hizbi Islami (=ke-arab-an), apatah lagi atas nama Adalet Partisi (=ke-turki-an)!

1 comment:

Anonymous said...

banyak faktor yang menyumbang kepada kemenangan PAS. silap besar BN fikir bahawa mereka boleh membeli maruah rakyat KT dengan duit dan projek. itu belum dicampur dengan fikrah orang UMNO yang berpotensi untuk 'backstab' calon sendiri. Ya, aku doakan mereka telah dicerahkan.

apa pun, aku ucapkan tahniah!