Di sana, Muawiyyah Abi Sufyyan. Di sini, Ali Abi Thalib. Di mana kita?
Mari kita belajar darihal manusia, dan kemanusiaan dari keduanya.
Di sana, Muawiyyah, membangun istana hijau. Hari pertama dilantik Umar al-Khattab, ia sudah membina jaringannya sendiri. Terus kekal bertahun-tahun. Damsyik akhirnya jadi kubu Umayyah. Darinya, sistem warisan muncul.
Di sana, Ali, membangun rumah kecil. Hari pertama Nabi wafat, ia sudah jadi terasing. Sering sendirian bertahun-tahun. Kufah akhirnya jadi kubu Alawi. Darinya, sistem warisan juga muncul.
Masing-masing mula berbeza, tapi berakhir sama. Namun, makna warisan keduanya ketara. Yazid menyambut dengan kezaliman, dan Husayn menyambut dengan keadilan. Tanpa warisan, Yazid bukanlah Yazid. Tapi, tanpa warisan juga, Husayn tetaplah Husayn.
Kezaliman Yazid ada pada Karbala. Keadilan Husayn juga ada pada Karbala.
Karbala, atau kota Nainawa ini, telah jadi garis pemisah antara dua buah mazhab. Kini, darihal manusia dan kemanusiaan terbentang. Masing-masing punya biologi yang sama. Tapi, belum tentu masing-masing adalah manusia.
Sebab, manusia tak hanya boleh disukat dari raga semata. Manusia juga punya jiwa. Inilah yang membezakan antara Muawiyyah dan Ali. Malah, turut membezakan semua manusia. Jiwa setiap manusia memang berbeza, seperti berbezanya ilmu Muawiyyah dan Ali.
Tapi, apakah batasnya adalah ¨ilmu¨?
Juga tidak. Bukan ilmu. Francis Bacon dalam Meditationes Sacrae salah! Sebab, yang berilmu belum tentu adalah yang paling manusiawi. Jika tidak, kita boleh katakan Henri Poincare adalah yang paling manusiawi dalam sejarah manusia kerana kepintarannya dalam merumuskan matematik ruang-masa!
Ternyata, jawapannya lain. Yang paling manusiawi, itu akhirnya terletak pada akhlak. Islam memilih kata akhlak kerana percaya pada sistem nilai-nilainya yang tersendiri. Apa itu nilai-nilai akhlak Islam?
Jawapannya ada pada Nabi, juga pada Ali: pada kelahirannya, pada kehidupannya, dan pada kematiannya!
Tuesday, March 24, 2009
Bukan Ilmu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
jawapannya ilmu dan akhlak adalah buah ilmu. Namun tingkat ilmu itu akan jadi medan membezakan akhlak.
Aqil, mungkin sebab itu, Islam menekankan pendidikan akhlak. Dan falsafah pendidikan akhlak meletakkan keutamaan menyempurnakan akhlak dan adab sebelum mengenal kebenaran.
salam
Post a Comment