www.flickr.com

Wednesday, June 3, 2009

Ahmadinejad Serang Balek Seterunya

Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad berkata, ia ditentang ekoran kesungguhannya dalam menghapuskan penguasaan tertentu, terutamanya dalam soal ekonomi.

¨kini terdapat usaha untuk memusing jarum jam beberapa tahun ke belakang, dan sekarang mereka berusaha untuk realisasikan usaha mereka itu pada pilihanraya presiden ini,¨ ujar Ahmadinejad pada penyokongnya di Tehran.

¨mereka mahu hanya kumpulan kecil tersebut yang mengawal negara ini dan sekaligus membentuk monopoli di kalangan mereka. Justeru, semua yang dikatakan mereka (pencabar Ahmadinejad) adalah penipuan, penghinaan dan tuduhan kosong semata-mata,¨ katanya lagi.

Ahmadinejad berkata demikian setelah tiga pencabarnya, Mohsen Rezaei, Mehdi Karroubi dan Mir-Hossein Moussavi telah melancarkan kritikan keras atas kegagalannya memulihkan ekonomi Iran dan pendekatan dalam dasar luar negerinya.

Baru-baru ini, Rezaei melemparkan kritikan terhadap Ahmadinejad mengenai Holocaust, manakala Mousavvi dan Karroubi jelas tak selesa dengan tindakan Ahmadinejad dalam soal ekonomi dan pengawalan inflasi.

Iran akan mengadakan pilihanraya presiden pada 12 Jun 2009 nanti.

No comments: