Calon presiden Iran, Mohsen Rezaei berkata, ia akan membentuk satu mekanisme untuk memantau sebarang kegiatan kerajaan.
Rezaei akan bertarung dengan tiga calon lain lagi dalam pilihanraya pada 12 Jun nanti itu berkata demikian sewaktu membentangkan dasar pemerintahannya dalam program televisyen semalam (Jumaat).
Jika terpilih, Rezaei memberi jaminan ia akan memastikan mekanisme penyeliaan itu akan sepenuhnya memantau kegiatan kerajaan dan menawarkan nasihat dalam sebarang isu-isu penting yang melibatkan Negara.
Malah, Rezaei turut menambah bahawa kabinet pemantau tersebut berfungsi selari dengan kerajaan yang bakal dibentuknya nanti.
Di samping itu, Rezaei percaya bahawa pasukan itu sedia berkerjasama dengan semua pihak termasuk, pemimpin atasan dan tak mengabaikan pakar-pakar dari pelbagai bidang.
Bahkan, Rezaei menyentuh juga mengenai ekonomi yang baginya sesuatu yang mendesak untuk dibicarakan dan ditangani.
Rezaei yang juga mantan komander Sepah-e Pasdaran, atau Pasukan Pengawal Pevolusi Iran (IRGC) itu membayangkan bahawa ia akan mewujudkan zon ekonomi persekutuan bagi mencetuskan semula kebangkitan ekonomi dan berjanji akan membangun semula sistem kemudahan yang efektif bagi rakyat.
Rezaei sebenarnya telah mengistiyarkan penyertaan dalam pilihanraya presiden pada 6 Mei 2009. Sebelum itu, ia sudah berbicara mengenai keperluan untuk meminggirkan batasan-batasan politik dalam membentuk kesepaduan sebuah kerajaan.
Selain bertarung dengan presiden sedia ada, Mahmoud Ahmadinejad, Rezaei akan turut bersaing dengan mantan Speaker Parlimen, Mehdi Karroubi dan mantan perdana menteri Iran, Mir-Hossein Mousavi.
Saturday, June 6, 2009
Rezaei Janjikan Kabinet Pemantau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment