www.flickr.com

Saturday, June 6, 2009

Keluarga Rafsanjani Saman Ahmadinejad

Hashemi Rafsanjani dan keluarganya memutuskan untuk menyaman Mahmoud Ahmadinejad atas kenyataannya yang tak benar dan fitnah secara terang-terangan.

Tindakan undang-undang ini akan dikemukakan setelah berakhirnya pilihanraya Presiden Iran pada 12 jun nanti, kata Mohammad Hashemi Rafsanjani, mantan pengarah Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) dan juga saudara kepada mantan presiden, Ali Akbar Hashemi Rafsanjani.

Pada Rabu sebelum ini, sewaktu debat terbuka dengan Mir-Hossein Mousavi, Ahmadinejad telah mengkritik dan menyerang beberapa individu yang berpofil tinggi, termasuklah Rafsanjani dan keluargannya.

Ahmadinejad menyatakan bahawa keluarga Rafsanjani, dan juga beberapa pegawai kerajaan yang lain telah melakukan sabotaj politik dan rasuah.

Keluarga Rafsanjani adalah mereka yang pertama membuat tanggapan balas dan memulakan tindakan undang-undang terhadap Presiden Iran tersebut atas penipuan fakta dan fitnah berkenaan perniangan keluarganya.

Sementara itu, Ezzatollah Zarghami, pengarah Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) menyatakan bahawa penyiarannya sedia untuk memberi ruang pada politikus Iran, yang lain, terutamanya calon presiden, untuk mempertahankan dirinya atas dakwaan yang dibuat oleh Presiden Ahmadinejad.

¨Semua politikus yang tak dapat berpeluang untuk tampil, maka kami memberi ruang kepada mereka mempertahankan dirinya,¨ kata Zarghami.

No comments: