Indonesia menyebutnya beda. Kita (Malaysia) menyebutnya beza. Saya tak pasti, bagaimana variasi ini boleh muncul. Tapi, barangkali kerana lafaz Arab.
Saya pernah terdengar lelucon dari Kholid al-Walid, Timbalan Pengarah ICAS. Katanya, "mereka yang bilang orang Sunda tak boleh menyebut f adalah pitnah." Semua yang hadhir ketawa, dan masak dengan hal ini.
Berdampingan dengan Sunda, adalah Jawa. Dua suku yang ada sejarah ketegangan. Sebab itu, sekiranya Bahasa Jawa--bukan Bahasa Melayu--yang dipilih menjadi teras Bahasa Indonesia, maka pasti suku Sunda akan menentang habis-habisan.
Begitulah sebaleknya. Begitulah juga sikap pada suku-suku yang lain. Kerana itu, Bahasa Melayu dipilih. Kerana suku Melayu kecil, dan tak punya makna dalam mempengaruhi corak Indonesia masa depan. Tidak seperti Jawa, Sunda, Minang, Bugis, dll.
Indonesia, yang ratusan ribu pulau, dan yang ratusan etnik dan bahasa, memang telah sebati dengan perbezaan. Malah, dalam sebuah pulau yang kecil saja, mereka boleh ada lima bahasa yang digunakan. Flores adalah contohnya.
Sebenarnya, apa yang saya mahu ungkapkan? Yang saya ingin katakan, pengalaman perbezaan inilah yang menjadikan Indonesia matang (berbanding Malaysia) dalam mengurus perbezaan.
Selain itu, Indonesia asalnya terbentuk dari idea. Sebuah gagasan atas sepakat pengalaman bersama. Maka, perbezaan diketepikan, demi penentangan yang satu: penjajahan. Jadi, bukan saja budaya perbezaan yang lama, tapi juga persefahaman bersama sewaktu ditekan Belanda.
Maka, dari semua ini, Indonesia amat menghargai perbezaan, demi cita-cita yang lebih tinggi: perpaduan. Sebab itu, tak hairan aliran-aliran baru mudah muncul di Indonesia. Sama ada itu Islam Liberal, itu Mulhidisme, itu Wahhabi, itu Shiah, itu Muktazili, semuanya boleh mendapat tempat.
Meskipun, akhirnya yang lestari hanyalah aliran yang rasional. Manakala, dalam kes aliran tradisional yang mistik, seperti Kejawen dengan sikritisme Islam-nya, itu ada pengecualian. Itu tetap saja mendapat kesedaran wujudiahnya di kalangan bangsa Indonesia. Sebab, dari sana, Indonesia juga diajarkan pengalaman beragama dan kebudayaan.
Walau bagaimanapun, untuk aliran-aliran baru, tanpa rasional, adalah sulit untuk sesuatu diterima-meluas. Tahniah Indonesia, kerana memuliakan kata "beda."
Powered by Telkomsel BlackBerry®
No comments:
Post a Comment