Kalangan demokrat Malaysia, tentu menyangka Indonesia sehadapan berbanding Malaysia. Sekilas, itu benar. Tapi, berkilas-kilas, Malaysia dan Indonesia tetap terkepung dalam kemelut yang sama. Inilah barangkali dinamakan mentaliti dunia ketiga.
Satu dekad lagi, Malaysia dicanangkan bakal menempa negara maju, konon. Tapi, hakikatnya, bayang-bayangnya pun maseh jauh. Kelemahan pengangkutan awam, kelembikan birokrasi, pembaziran dana, keselesaan hidup tanpa-tujuan, proses kerajaan-sosial yang baku, itu semua menjadi jawapan atas ketiadaan bayang tersebut.
Hari demi hari, saya begitu terkesan. Dalam segala polemik yang membadai Malaysia, seringkali saja gagal mematangkan rakyat. Kalau polemik sendiri tak membawa kejernihan, maka apa lagi yang mahu diharapkan? Lihat saja polemik PPSMI, rasuah, dan kini kata Allah, dll, akhirnya wacana itu akan disudutkan dan mati dalam keputusan politik. Bukan keputusan intelektual.
Dengan keputusan politik sebegini, rakyat akan diajar untuk menerima, tanpa-kritis, seakan itulah jawapan mutlak. Justeru, sebarang persoalan intelektual terus dibiarkan tergantung, tanpa wacana-tanding. Nah, sebuah pertanyaan, apakah Malaysia siap untuk berminda negara maju, tatkala wacana segera mahu dimatikan?
Barangkali, dari satu sisi, ada kebanggaan pada Indonesia, nikmat kebebasannya (yang tak nafi kadangkala juga semu).
Powered by Telkomsel BlackBerry®
Wednesday, January 13, 2010
Polemik
dimuatkan oleh Aqil Fithri tanggal 2:18 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment