www.flickr.com

Monday, April 2, 2007

Falsafah Kuantum: Dari Fizik Ke Metafizik (6/6)

Kesimpulan

Menurut Shaharir Mohammad Zain dalam makalah menariknya, Simbiosis Antara Sistem Nilai dengan Tabii Matematik, terdapat tiga dampak revolusioner menerusi fizik kuantum terhadap komuniti sains.

Pertama, ialah kewujudan sesuatu benda atau fenomenon dalam alam ini tiada yang bersifat mutlak, iaitu semuanya mengikut satu hukum kebarangkalian yang khusus. Kedua, setiap benda bersifat dual, iaitu dalam keadaaan gelombang dan keadaan jirim (zarah). Manakala ketiga, wujud interaksi antara pengkaji dengan benda yang dikaji, iaitu sebarang peranti yang digunakan atau direka untuk mencerap dan menyukat sesuatu kuantiti didapati akan mengusik tabii sebenar kuantiti tersebut.

Berasaskan rumusan ini, maka kita dapat melihat bagaimana kehadiran fizik kuantum akhirnya telah mendorong komuniti sains untuk memikirkan kembali suatu bentuk sains alternatif yang boleh mengantikan kelemahan yang terhimpun dalam pandangan sains moden. Ini kerana pencirian sains moden (yang kuat menganut faham tentuisme, hukum kebersebaban, mantikisme akhirnya mendorong penolakan metafizik) sebenarnya telah diruntuhkan oleh fizik kuantum.

Malah, kehadiran fizik kuantum itu sendiri sekaligus bermakna pemugaran semula wacana antara, agama, sains dan falsafah, setelah demikian lama domain sains mendominasi fikiran komuniti sains, malah fikiran manusia umumnya.

Himpunan Siri Ini:
Falsafah Kuantum: Dari Fizik Ke Metafizik (6/6)
Falsafah Kuantum: Dari Fizik Ke Metafizik (5/6)
Falsafah Kuantum: Dari Fizik Ke Metafizik (4/6)
Falsafah Kuantum: Dari Fizik Ke Metafizik (3/6)
Falsafah Kuantum: Dari Fizik Ke Metafizik (2/6)
Falsafah Kuantum: Dari Fizik Ke Metafizik (1/6)

No comments: